Pengagihan alamat IPv6
IPv6
Written by kn4g92   
Wednesday, 29 April 2009 22:14

Tiada konsep kepunyaan dalam pengagihan alamat IPv6. Ia tidak boleh dijual and dianugerahkan kepada sesiapa. Ia adalah kepunyaan awam yang  diuruskan secara hirarki. Pihak tertinggi dalam hiraki pengurusan alamat IPv6 adalah IANA  (Internet Assigned Numbers Authority).

IANA mengagihkan alamat alamat kepada RIR (Regional Internet Registry) iaitu pendaftar dalam kawasan mengikut benua dunia. Ketika ini, terdapat 5 RIR iaitu AfriNIC untuk benua Afrika, APNIC (Asia Pacific Network Information Centre) untuk Asia Pasific, ARIN untuk Amerika Utara, RIPE NCC untuk Eropah and LACNIC untuk Amerika Selatan dan Caribean.

RIR mengagihkan pula alamat kepada NIR (National Internet Registry) atau  dipanggil LIR (Local Internet Registry). LIR yang berperanan mengagihkan alamat IPv6 kepada semua penyelia perkhidmatan Internet (ISP)  dalam Negara tersebut. Pengguna akhir akan mendapatkan alamat IPv6 daripada ISP yang dikehendaki.

Dalam konteks Malaysia, MyNIC (mynic.net.my) selaku NIR menerima alamat yang diagihkan oleh penyelia Internet benua Asia Pasifik iaitu APNIC. MyNIC mengagihkan alamat kepada ISP seperti Telekom Malaysia, Maxis, Celcom dan sebagainya dan seterusnya diagihkan kepada pengguna.

Last Updated on Saturday, 30 January 2010 14:29
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>



CNET

TechNewsWorld

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday7
mod_vvisit_counterYesterday20
mod_vvisit_counterThis week80
mod_vvisit_counterLast week95
mod_vvisit_counterThis month44
mod_vvisit_counterLast month557
mod_vvisit_counterAll11474

We have: 1 guests online
Your IP: 38.107.191.91
 , 
Today: Sep 03, 2010